Thursday, July 21, 2011

Maksud Islam

Maksud Islam dari sudut bahasa adalah ''aman'' (salam). Ia juga bermaksud serah (submit); dalam konteks ini, seseorang Muslim menyerahkan dirinya kepada mematuhi kehendak dan larangan dari tuhannya (ALLAH). Perutusan Islam telah diwahyukan (diturunkan dari ALLAH) kepada Nabi Muhammad SAW 1,400 tahun yang lalu. Ia diwahyukan melalui Malaikat Jibrail a.s dan disimpan dengan baik sehingga kini melalui kitab yang dinamakan Al Quran. Al Quran, yang merupakan kitab suci yang paling lama berada di dunia ini telah mendapat jaminan Allah bahawa ia terpelihara dari kecacatan maklumat atau penyelewengan. Seruan utama Islam adalah bahawa hanya ada Satu Pencipta alam ini dan DIA lah yang layak disembah serta Nabi Muhammad SAW merupakan hamba dan pertusanNYA di muka bumi. Pengikut agama ini digelar Muslim (orang yang menyerah diri kepada ALLAH). Kepercayaan Muslim turut meliputi keyakinan terhadap kewujudan Malaikat, kewujudan Kitab-kitab suci terdahulu, kewujudan Hari Pembalasan dan kewujudan ciptaan ALLAH. Seseorang Muslim dikehendaki menyempurnakan lima ibadah utama; bersyahadah, bersolat, berpuasa, berzakat dan menunaikan haji.Islam mengajar bahawa semua manusia lahir dalam keadaan suci. Manusia diberi pilihan memilih jalan kebaikan atau jalan kejahatan. Manusia boleh berusaha memohon petunjuk dari Tuhannya melalui keyakinan aqidah, solat beserta doa dan usaha-usaha kebajikan.

No comments:

Post a Comment